"Paling Steady" - Tunggu Lampu Isyarat Lama Sangat, Brother Ini Siap Letak Motor Tongkat 2
Steady lah bro.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebagai pengguna jalan raya kita perlulah mengikuti semua peraturan yang telah ditetapkan ketika berada di atas jalan raya
Hal ini bagi menggelakan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kemalangan dan sebagainya. Antara contoh peraturan yang perlu diikut adalah berhenti ketika lampu isyarat menunjukkan warna merah.
Namun, lain pual dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki dilihat dengan rileksnya meletakkan double stand ketika lampu isyarat merah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Letih tunggu lampu isyarat lama sangat sampai letak motor pada double stand
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berada di dalam sebuah kereta sambil dilihat menunggu lampu isyarat.
Dia kemudian ternampak seorang penunggang motosikal yang juga menunggu lampu isyarat bersamanya.
Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah lelaki tersebut dilihat siap meletakkan double stand pada motosikalnya kerana lama menunggu lampu isyarat itu untuk hijau.
Namun, selepas lampu isyarat hijau motosikalnya pula seperti ‘buat hal’ kerana tidak boleh dihidupkan. Mujur akhirnya ia dapat dihidupkan semula setelah beberapa minit.
"Aku paling-paling tongkat tepi je dia boleh tongkat 2" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka masing-masing ketika berada di lampu isyarat.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 372.1K views, 19.8K likes dan 325 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: