seismik

[VIDEO] Buat Panggilan Guna 2 Telefon Berbeza, Reaksi Member Pula Bikin Dekah. Lawak!

Member bengang je tengok.

Cover image via @sihodohcaqir_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Melakukan prank kepada rakan atau ahli keluarga merupakan satu hiburan yang seronok tambahan lagi dengan keadaan pandemik ini

Tetapi, ada kalanya prank yang dilakukan haruslah berwaspada agar tidak keterlaluan dan melukakan hati sesetengah pihak.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila sekumpulan lelaki melakukan prank menerusi panggilan telefon kepada rakan mereka telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sihodohcaqir_

Memandangkan tiktok delete kita post lagi sekali .

original sound - Ceo of kentang - Sicaqir

Guna dua telefon berbeza call rakan untuk mereka bercakap sesama sendiri

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa orang lelaki sedang berkumpul bersama untuk melakukan prank kepada rakan mereka.

Mereka kemudian menelefon rakan mereka dan meletakkan telefon tersebut berdekatan supaya rakan mereka itu dapat mendengar dan boleh bercakap.

Malah, rakan mereka itu tidak mengetahui yang sebenarnya mereka bercakap dengan orang berbeza bukannya tuan telefon sebenar.

Apa yang lebih melucukan adalah mereka bertanyakan sesama sendiri apa tujuan menelefon dan kedua-duanya bertegas mengatakan bukan mereka dulu yang menelefon.

Perkara itu telah mengundang ketawa geng lelaki berkenaan yang terhibur melihat reaksi rakan-rakan mereka itu.

"Kalau aku yang pegang kamera ni habis macam tengah gempar view dia" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi mereka yang tidak tahu kena prank.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 230.9K views, 33.8K likes dan 689 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, kesian member tak sedar rupanya kena prank ya. Lawak betul! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: