seismik

[VIDEO] Kereta Ini Pelik Asyik Kena Hon, Rupanya Ada Tampal Kertas Suruh Ucap Birthday

Mesti dia gelabah asyik kena hon je.

Cover image via @dyrasalleh (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Melakukan prank sekarang sudah menjadi ikutan ramai di media sosial dari seluruh negara

Kadang kala ia sangat melucukan dan kadang kala boleh mendatangkan kemarahan jika prank itu tidak sesuai dilakukan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi apa yang dilihatnya pada sebuah kereta mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@dyrasalleh

Otw balik semalam terserempak dgn kereta ni terus kami hon2 mesti pelik jee diaa apa2 pun selamat hari jadi diperluaskan rezeki ##fyp

original sound - Dyra Salleh

Jumpa kereta tampal kertas dekat belakang suruh hon 2 kali untuk ucap happy birthday

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi apa yang dilihatnya ketika berada di jalan raya.

Dia menunjukkan sebuah kereta ditampal dengan kertas memberitahu "Harini birthday saya. Tolong hon 2 kali. Tq" tulisnya.

Tanpa memikir panjang gadis itu kemudian terus menyuruh pemandu disebelahnya untuk hon kereta tersebut seperti yang diminta.

Dia kemudian melakukannya buat kali kedua dan mahu membuka tingkap untuk mengucap selamat hari jadi, tetapi kereta itu memasuki selekoh yang berlainan pula.

Difahamkan rupa-rupanya pemilik kenderaan tersebut tidak tahu yang keretanya ditampal kertas tersebut dan memberitahu itu semua kerja kawan ofisnya.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@dyrasalleh

ingat nak lalu sebelah sambil jerit tapi dia masuk simpang pulak maka kita jerit dalam kereta jela ni dah 4x hon hrp dia xmarah ##viralvideo ##fyp

original sound - Dyra Salleh

"Bayangkan member dalam kereta tak tahu pun, tiba-tiba kena hon" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka masing-masing mengenai kejadian itu. Malah, ramai yang berpendapat sememangnya kenderaan itu telah dikenakan oleh orang terdekatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 173.5K likes dan 1,590 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kesian dia pun tak tahu kena prank dengan member :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: