Lelaki Ini Tunjuk Kucing Tetap 'Berak' Merata Walaupun Penduduk Flat Gigih Letak Air Sirap
Siap berak sebelah air sirap tu lagi.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti anda pernah dengar antara salah satu cara untuk menghalau kucing adalah dengan meletakkan air sirap, betul tak?
Tidak dinafikan, sehingga hari ini kita masih boleh lihat ramai orang melakukan cara tersebut bagi menghalau haiwan berkenaan.
Ada yang mengatakan ia benar dan ada pula yang mengatakan ia tidak berkesan kerana mereka tidak takut padanya.
Baru-baru ini ,tular sebuah video di TikTok seorang lelaki menunjukkan kegigihan penduduk flat meletakkan air sirap disepanjang rumah mereka bagi menghalau kucing telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kongsi penduduk flat gigih letak air sirap supaya dapat halau kucing dari berak
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di salah sebuah pangsapuri untuk menghantar barang.
Dia kemudian menunjukkan keadaan di perumahan itu apabila penduduk rata-ratanya gigih meletakkan botol berisi sirap bagi menghalau kucing daripada membuang najis di depan rumah mereka.
Perkara itu membuatkan dia tersengih melihatnya kerana sepanjang laluan yang di jalan itu penuh dengan najis kucing walaupun penduduk di situ telah meletakkan botol sirap tersebut.
"Sampai sekarang aku tak tahu apa function letak air sirap dalam botol" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenai perkara tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 406.1K views, 24.3K likes dan 783 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: