seismik

[VIDEO] Tengah Syok Layan Virtual Movie Sama Sekali Rakan Pula 'Bantai' Tidur Duduk. Lucu!

Mengantuk sangat tu.

Cover image via @fyyaah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semua tahu keadaan pandemik Covid-19 di negara kita masih belum reda, malah kes positif juga tidak menunjukkan pengurangan yang ketara

Keadaan ini sudah tentu telah memaksa kita untuk berada di rumah demi menjaga keselamatan diri dan ahli keluarga bagi.

Pasti ramai yang sudah mula bosan berada di rumah kerana tidak dapat melakukan aktiviti luar dan tidak dapat berjumpa rakan-rakan.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila sekumpulan gadis meluangkan waktu bersama mereka dengan menonton virtual movie mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba tidur duduk sebab tak tahan mengantuk sampai rakan tergelak

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan gadis sedang menonton sebuah filem seram menerusi video call bersama.

Pada mulanya semua kelihatan bersemangat dan tidak sabar untuk menonton filem tersebut. Namun, pada pertengahan movie itu salah seorangnya dilihat mengantuk dan tertidur secara tegak walaupun sedang duduk.

Perkara itu membuatkan rakan mereka menegurnya sambil tergelak melihat gelagat gadis itu. Malah, gadis itu juga siap berzikir selepas takut melihat salah satu scene daripada filem berkenaan. 

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@fyyaah

Reply to @loveyrself13 Part 2 ##horrormovie

original sound - Fyah

"Tengok movie dengan member macam masuk kelas online" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis tersebut. Malah, ramai yang mengatakan gelagatnya itu seperti sedang memasuki kelas online.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 223.9K views, 27.1K likes dan 354 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, serius lawak betul perangai member dia tu! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: