seismik

[VIDEO] Niat Nak Rakam Member, Tapi Aksi Budak Di Belakang Mereka Pula Lebih Curi Tumpuan

Dekat belakang pula yang menarik mata.

Cover image via @fadwafaieqah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, kini kita boleh makan di restoran dengan syarat mestilah lengkap dua dos vaksin

Oleh sebab itu, ramai yang tidak melepaskan peluang ini untuk makan di restoran bersama ahli keluarga atau rakan mereka.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis menyedari aksi kanak-kanak ketika sedang merakam rakan-rakannya yang lain telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@fadwafaieqah Nak record muka member rupanya yang belakang lagi menarik kisahnya #fyp #tiktokmalaysia #scateboard original sound - Fadwa Faieqah

Tertarik dengan aksi budak-budak di belakang rakan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis pada awalnya sedang sibuk merakam rakan-rakannya ketika sedang makan bersama di lokasi yang tidak diketahui.

Namun, dalam asyik merakam rakannya, tiba-tiba rakannya terlihat aksi beberapa orang budak yang sedang berseronok di belakang rakannya itu.

Difahamkan budak-budak itu bermain skateboard dengan meniarap di atasnya dan melakukan slide. Situasi tersebut membuatkan gadis berkenaan tergelak melihat aksi budak-budak itu.

"Yang belakang tu dah kenapa hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihatnya dan mempersoalkan aksi budak-budak itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 326.4K views, 35.3K likes dan 440 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Seronok pula jadi bila tengok budak-budak tu main :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik