seismik

Jumpa Orang Pakai Baju Corak Sama, Lelaki Ini Sempoi Ajak Tangkap Gambar Buat Kenangan

Steady bang.

Cover image via @hilmizln (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pernah tak anda terserempak dengan orang yang pakai baju corak sama dengan anda?

Memang tak dinafikan, mesti ada perasaan malu kan? Iyalah, punyalah ramai orang boleh pula baju dia tersama dengan kita ya. Dah nampak macam 'kembar' dekat situ.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki tanpa segan bergambar dengan orang yang memakai baju corak sama dengannya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak segan jumpa orang baju sama, siap tangkap gambar lagi

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki semasa itu sedang beratur bersama rakannya untuk menaiki Skycab di Langkawi.

Namun, semasa sedang menunggu dia kemudian ternampak seseorang yang memakai baju corak sama dengannya. Kejadian itu membuatkan dia pada awalnya merasa malu kerana diusik rakannya.

Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia selepas itu dengan beraninya menegur orang itu dan mengajak untuk menangkap gambar bersama buat kenangan.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@hilmizln

Reply to @balqishchee Part 2 mesti ada gambar! kalau ada acc owner chinese tu minta tolong tag ye!

original sound - hilmizln

"Beli baju dapat free member" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 741.7K views, 60.8K likes dan 1,319 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Memang sempoi je mereka ni, baju sama pun boleh buat kawan! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: