Isu Viral Sotong 'Apollo' RM100, Owner Resit Tampil Mohon Maaf Kepada Restoran Hameediyah
Harga sotong dua ekor itu adalah berjumlah RM106.60.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tular baru-baru ini mengenai harga dua ekor sotong yang dibeli oleh seorang pelanggan sehingga mencecah RM100
Ianya bermula apabila seorang pelanggan tidak berpuas hati kerana dikenakan caj RM106.60 selepas dia memakan dua ekor sotong di salah sebuah restoran nasi kandar di Pulau Pinang.
Perkara itu menjadi tular selepas pelanggan itu memuat naik statusnya mengenai harga itu di laman Facebooknya.
"Hati-hati kawan-kawan yang mana nak mai makan nasi kandar dekat Penang. Harga 2 ekor sotong boleh cecah sampai RM100," tulisnya.
Perkongsian itu ternyata mendapat perhatian ramai dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Restoran Hameediyah tampil berikan penjelasan sebenar
Sejurus viralnya berita itu, restoran itu tampil untuk memberikan penjelasan sebenar demi mempertahankan nama mereka.
Menerusi sumber, Pengarah Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim berkata, beliau terpanggil untuk memberi penjelasan berhubung harga dua ekor sotong yang tular itu.
"Harga sotong goreng itu tular selepas satu pasangan membeli dua set nasi berlaukkan sotong di restoran kami semalam dan kemudian seorang daripada mereka (pasangan itu) berkongsi di laman sosialnya sehingga mendapat perhatian ramai, sotong yang kami gunakan untuk hidangan sotong goreng apollo itu bukan murah"
"Sebenarnya harga kesemua makanan yang dijual di restoran kami disenaraikan dengan jelas termasuk hidangan sotong yang dijual antara RM10 dan RM150 seekor berdasarkan saiznya," katanya.
Pemilik resit sotong goreng RM100 mohon maaf kepada Hameediyah
Difahamkan, pelanggan yang memuat naik resit harga dua ekor sotong di media sosial itu tampil membuat permohonan maaf kepada pemilik restoran berkenaan.
Menurut sumber, Pengarah Restoran Nasi Kandar Hameediyah, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim, mendakwa pelanggan berkenaan memohon maaf kepada pihaknya menerusi mesej di aplikasi WhatsApp pada Rabu.
Beliau memberitahu pelanggan wanita itu mengakui memuat naik resit di media sosial, tetapi bukan bertujuan mempertikaiikan harga sotong tersebut. Ianya kerana dia mengakui tahu akan harga hidangan berkenaan.
Malah, dakwanya lagi tindakan wanita itu memuat naik resit tersebut telah disalah faham yang menyebabkan gambar itu disunting oleh pihak lain seolah-olah memberitahu harga hidangan itu terlalu mahal.
Namun, katanya, perkara tersebut sedikit sebanyak telah memberi reputasi yang buruk terhadap restoran mereka. Setakat ini pihaknya belum bercadang untuk membuat laporan polis mengenai isu itu.