"Orang Korea Pun Cakap Bagus" - Perbualan Gadis Ini Bercakap Dalam Korea Jadi Perhatian
Padulah Korea accent dia!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Penyanyi dari Korea kini telah menjadi kegilaan anak muda sekarang, ia kerana style dan lagu mereka yang membuatkan ramai terpikat dengannya
Bukan itu saja, di Malaysia, drama Korea juga mendapat sambutan hangat. Jadi, tidak hairanlah jika ada yang sanggup untuk belajar bahasa negara itu kerana minat dengan budaya mereka.
Perkara itu sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila perbualan seorang gadis dengan seseorang dari Korea telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Petah bercakap bahasa Korea sampai orang Korea pun terkejut
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang bercakap dengan seorang lelaki menerusi panggilan telefon.
Difahamkan, lelaki itu berasal dari Korea. Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah gadis itu dengan lancarnya berbual dengan lelaki itu dalam bahasa Korea saja.
Situasi berkenaan membuatkan lelaki itu sendiri terkejut mendengarnya dan tidak menyangka ada rakyat Malaysia yang petah bercakap bahasa negaranya.
Malah, juga gadis itu juga hanya belajar bahasa Korea sendiri dengan melihat drama dan rancangan dari sana.
Lihat video penuh lain itu di bawah:
"Yes! I also learn Korean from variety show and K-drama" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan keterujaan mereka selepas melihat video tersebut. Malah, ramai yang suka mendengar perbualannya itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 25.1K views, 4,762 likes dan 48 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: