seismik

"Bilik Dah Cantik, Tapi..." - Teruja Nak Bercuti, Design Tandasnya Pula Bikin Potong Mood

Alamak, macam mana tu.

Cover image via @intanatasya_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti yang kita semua tahu, sektor pelancongan kini sudah dibenarkan dengan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan

Pasti ramai yang mengambil kesempatan ini untuk pergi bercuti bersama keluarga atau pun rakan-rakan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi design bilik air hotelnya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tunjuk view cantik dari bilik, tapi tandasnya pula bikin spoil

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi suasana di dalam bilik hotel bersama rakannya.

Namun selepas menunjukkan pemandangan dari bilik hotelnya pada akhir video, dia dilihat berkongsi design bilik air hotel itu yang kelihatan lut sinar tanpa sebarang penghadang.

Malah, kelihatan rakannya berada di dalam sambil melambainya dari arah luar bilik air itu.

"Macam mana kalau nak berak weh" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan padangan mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 558.4K views, 48.2K likes dan 306 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alamak, spoil mood betul lah. Harap adalah langsir dekat situ boleh tutup :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik