seismik

"Nampak Lawak Tapi Ilmu" - Ajar Senaman Masa Live, Tapi Nama Yang Diberi Pula Jadi Tumpuan

Mungkin korang boleh try?

Cover image via @_dauff.azmi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Melakukan senaman amat bagus untuk diri kita demi menjaga kesihatan diri

Tambahan lagi, jika yang mempunyai masalah tulang dan otot, senaman sangat penting buat mereka kan. Kalau boleh ambil masa 5-10 minit untuk melakukan senaman sekejap pun sudah memadai.

Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita mengajar cara senaman ketika live di televisyen telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@_dauff.azmi

Reply to @pailong21 Lama² makin merapu pulak..

Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Ajar cara senaman masa live, tapi nama-nama senaman pula jadi tumpuan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang ditemu ramah sambil menunjukkan demo senaman tradisional.

Difahamkan, dia datang untuk memberi keterangan tentang jenis-jenis senaman yang anda boleh lakukan di rumah dan bagus untuk kecergasan otot.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah nama-nama senaman yang diberikan sekali gus telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

"Tapi senaman macam ni tak adalah merepek, cuma namanya kurang sesuai" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka sebaik saja melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 267.9K views, 8,507 likes dan 792 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Senaman dah okay, tapi nama dia lah kot mungkin pelik sikit. Apa-apa pun korang boleh cuba :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: