seismik

[VIDEO] Steady Bantu Escort Ambulans Untuk Beri Laluan, Mak Cik Ini Dapat Pujian Ramai

Siap dengan tangan-tangan tu.

Cover image via @asharpwaya (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah pasti semua tahu apa yang perlu kita lakukan jika terdengar bunyi siren ambulans, polis ataupun bomba

Rakyat Malaysia sangat terkenal dengan keprihatinannya, sebab itu jika terdengar saja bunyi siren-siren ini mereka akan segera ke tepi dan berhenti buat seketika demi memberi laluan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang mak cik mengiringi sebuah kereta ambulans telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@asharpwaya

Terima Kasih pada yg memberi laluan... Makcik steady.. ##ambulans ##ambulancedriver ##ambulansmalaysia cc : @w_mora93

Rihanna Umbrella -

Semangat escort ambulans, siap beri isyarat tangan suruh ke tepi

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang mak cik yang menunggang motosikal memberi bantuan kepada sebuah ambulans ketika di jalan raya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah isyarat tangannya yang begitu bersemangat sehingga menyuruh kereta lain ke tepi demi memberi laluan kepada ambulans itu.

Di akhir video kelihatan dia sempat membuat isyarat tangan bagus bagi menunjukkan segalanya berjalan dengan lancar kepada pemandu ambulans tersebut.

"Pencen trafik ni, gaya tangan dan last pun boleh nampak bekas anggota" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka mengenai video tersebut. Malah, ramai juga yang memuji tindakan mak cik itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 807.3K views, 81.8K likes dan 1,974 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Gaya mak cik tu pun memang ikhlas nak bantu ambulans. Terbaiklah! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: