[VIDEO] Buat Persembahan Lagu 'Perfect', Tapi Lirik Nyanyian Adik Ini Pula Jadi Perhatian
Comelnya dik!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Zaman persekolahan merupakan waktu yang pasti kita tidak dapat lupakan kerana banyak perkara pahit dan manis berlaku
Tambahan lagi kita pula pasti tertanya-tanya mengapalah kita pernah melakukan perkara seperti itu kan? Itu semua kenangan zaman itu.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang budak lelaki menyanyi ketika membuat persembahan di sekolahnya telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Confident nyanyi lagu Perfect walaupun salah sebut lirik
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak lelaki diminta untuk membuat persembahan di sekolahnya.
Dia kemudian memberitahu ingin menyanyikan lagu popular iaitu Perfect daripada Ed Sheeran dengan penuh konfiden dan gaya.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dalam pada dia asyik menyanyi, sebutan lirik nyanyiannya pula menjadi perhatian. Tetapi, dia tetap meneruskan persembahannya itu dan mendapat tepukan ramai.
"Kalau tak menang, aku nak jumpa Pengetua mereka. Ada perkara yang ingin dibincangkan" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video itu. Malah, ada juga yang memberi pujian kepada budak lelaki tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 407K views, 52.8K likes dan 2,634 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: