seismik

[VIDEO] Warga Emas Berkeras Nak Redah Banjir Sendiri, Rupa-Rupanya Ini Sebab Yang Berlaku

Nasib baik tiada apa yang berlaku.

Cover image via @tukhalimtcg (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Banjir kilat yang berlaku di beberapa negeri baru-baru ini telah menyebabkan banyak harta benda dan rumah rosak kerana ditenggelami air

Malah, lebih menyayat hati terdapat juga kematian ditemui dipercayai akibat daripada kesan banjir tersebut. Oleh kerana itu, amatlah bahaya jika kita memandang rendah dengan air banjir ini kerana boleh mendatangkan risiko.

Tular baru-baru ini video di TikTok memaparkan seorang warga emas cuba untuk meredah banjir seorang diri telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@tukhalimtcg

pakcik ni nak redah jugak air tengah laju....brother ni x bg dia marah.....nak Ke tg.belenggu katanya....

original sound - halimTcG

Nak redah juga banjir seorang diri, siap libas orang

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang lelaki sedang berada di sebuah kawasan yang habis ditenggelami banjir bersama dengan seorang warga emas.

Difahamkan, mereka ingin menghalang pak cik tersebut kerana dia mahu meredah banjir seorang diri yang ketinggiannya hampir mencecah pinggang.

Namun, pak cik itu bertindak dengan memarahi mereka berdua dan sempat melibas menggunakan tali kerana enggan dipaksa.

Setelah beberapa minit, pak cik itu akhirnya berjaya dipujuk dan mereka membawanya ke tempat lebih selamat. Rupa-rupanya, seorang wanita tampil memberi penjelasan warga emas itu adalah ayah mentuanya yang mengalami masalah nyanyuk.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@tukhalimtcg

Dlm PROSES memujuk pakcik ... ##tg.belenggu

original sound - halimTcG
@tukhalimtcg

Reply to @shimaibrahim83

original sound - halimTcG

"The real marah sebab sayang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 6.9M views, 405.2K likes dan 7,387 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Terbaik! Terima kasih abang-abang sebab selamatkan pak cik ni walaupun kena libas :P

Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Image via Berita Harian

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: