seismik

[VIDEO] Suruh Anak Buah Ambil Makanan Dekat Grab, Tapi Baru Sedar Ada 'Benda' Diwajahnya

Aduhai dik.

Cover image via @kayyyrinii (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memesan makanan secara online sekarang menjadi pilihan ramai kerana lebih memudahkan

Bukan itu saja, malah ia juga dapat menjimatkan masa berbanding kita membeli di luar. Tambahan lagi dengan jangkitan wabak Covid-19 ini.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok apabila wajah seorang budak lelaki ketika mengambil makanan daripada abang Grab menghiburkan hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@kayyyrinii tang bila keluar cendol dia pun taktahu lah. nasib abg grab gelak je #fyp #fyp Oh No - Kreepa

Beria ambil makanan sampai tak perasan ada ‘benda’ di wajah

Menerusi video tersebut, kelihatan gadis berkongsi situasi semasa dia menyuruh anak buahnya mengambil makanan yang dipesan daripada abang Grab.

Tetapi, sebaik saja anak buahnya itu mengambil makanan daripada abang Grab tersebut, dia menyedari ada sesuatu di wajah kanak-kanak itu.

Rupa-rupanya ia adalah hingus yang keluar dari hidung kanak-kanak itu membuatkan dia terhibur melihatnya.

"Apalah perasaan abang Grab tu"- Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak tersebut dan memberikan pelbagai reaksi.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 176.1K views, 10.9K likes dan 308 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alamak dik, agaknya apa dalam hati abang Grab tu ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: