seismik

Selamba 'Tembak' Pengarah Masa Penyampaian Hadiah, Gelagat Budak Lelaki Ini Undang Ketawa

Main-main pula ya dik.

Cover image via @norrainimahadi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Majlis penyampaian hadiah selalunya akan diadakan bagi mereka yang telah memenangi pertandingan atau sesuatu acara

Tetapi bukan itu saja, majlis penyampaian boleh dijadikan dalam banyak kategori seperti sumbangan dan sebagainya.

Lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila gelagat seorang budak lelaki ingin ‘menembak’ seseorang ketika majlis telah mengundang dekah ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bantai tembak kepala pengarah masa atas pentas

Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsungnya sebuah majlis di tempat yang tidak dikenal pasti.

Difahamkan, penyampaian hadiah tersebut disampaikan sendiri oleh seorang pengarah untuk kanak-kanak. Namun sedang asyik memberi hadiah, seorang budak lelaki dengan selamba bergurau dan ingin menembak kepala pengarah sebaik saja mengambil sagu hati itu.

Situasi itu membuatkan seorang lelaki terpaksa menarik budak itu untuk turun ke bawah bagi melancarkan lagi majlis. Difahamkan juga video itu adalah sebelum berlakunya wabak Covid-19 yang telah dimuat naik semula.

"Selamat pengarah tak tembak balik dik" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur selepas melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 581.5K views, 45.8K likes dan 675 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Berani ya dik nak tembak pengarah, macam-macam hal betul :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: