seismik

[VIDEO] Khusyuk Solat Dengan Abang, Tapi Bacaan Budak Ini Pula Mencuit Hati Netizen

Pelan-pelan belajar.

Cover image via @maliksuhaimi85 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semakin membesar seorang budak, semakin banyak yang ingin diketahui dan mempelajarinya

Disebabkan itu, ibu bapa perlu memberi sepenuh perhatian kepada pertanyaan mereka supaya mereka lebih faham tentang sesuatu keadaan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila bacaan seorang budak lelaki ketika sedang sembahyang telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Fokus sembahyang sampai bacaan pula buat si ayah tergelak

Menerusi video tersebut, kelihatan ketika itu dua orang budak lelaki yang juga adik beradik sedang bersembahyang di rumah mereka.

Kelihatan si ayah sempat merakam gelagat anak kecilnya yang sedang fokus sembahyang bersebelahan abangnya.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah sedang khusyuk dia sembahyang, kedengaran bacaan yang tidak difahami membuatkan si ayah tergelak mendengarnya.

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

@maliksuhaimi85

Insyallah berjaya dunia akhirat..aminnn

original sound - maliksuhaimi85

"Doakan dia bila besar jadi imam masjid besar" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat budak kecil itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 922.5K views, 101.9K likes dan 2,124 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak apa dik, banyak masa lagi nak belajar. Semoga jadi anak yang soleh :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik