Wanita Dah Semangat Nak Beli Kereta Kancil RM800, Rupa-Rupanya Kena 'Scam' Dengan Suami
Dah nak dekat ambil dah dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mempunyai kenderaan adalah sangat penting di waktu kini betul tak?
Ia lebih memudahkan kita untuk bergerak ke mana saja. Jadi, ramai yang memilih untuk membeli kereta buat kepentingan diri mereka.
Namun, lain pula dengan video ini yang memaparkan seorang wanita di 'scam' oleh suaminya yang memberitahu ada orang menjual kereta murah telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kereta kancil jual murah rupa-rupanya ada sebab
Menerusi video tersebut, kelihatan si isteri berkongsi perbualan mesej di WhatsApp di antara dia dan suaminya.
Pada awalnya si suami memberitahu adakah dia berminta untuk membeli kancil berharga RM800 yang dijual oleh seseorang.
Si isteri tanpa memikir panjang terus mengiyakannya kerana kereta itu murah dan senang untuk dia bawa ke mana-mana. Wanita itu kemudian bertanya adakah benar harganya sebegitu ataupun ia adalah scammer.
Namun, apa yang lebih mencuit hati adalah suaminya kemudian menunjukkan sebab sebenar kereta itu dijual. Rupa-rupanya sebelah bahagian kereta tersebut sudah pun rosak dilanggar.
"Dia tak nak kena seorang dia ajak akak skali" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gurauan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 597.9K views, 27.3K likes dan 322 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!