Netizen Ini Luahkan Supaya Maggi Keluarkan Pelbagai Perisa Dalam 1 Paket Buat Ramai Setuju
Semua perisa sedap!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Siapa saja yang tidak pernah makan Maggi bukan? Ia adalah makanan kegemaran lagi-lagi pada zaman kolej dulu
Maggilah yang menjadi peneman. Bukan saja senang untuk dimasak, tetapi rasanya telah cukup untuk memuaskan hati ramai.
Namun begitu, kita sudah tahu syarikat berkenaan mengeluarkan setiap perisa dengan paket yang berlainan. Ada juga yang berharap agar ia dapat dikeluarkan satu paket yang mengandungi pelbagai perisa.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter meluahkan hasrat agar syarikat itu boleh mengeluarkan pelbagai perisa dalam satu paket Maggi telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Siap buat petition supaya ia jadikan kenyataan
Menerusi posting tersebut, kelihatan seorang pengguna Twitter meluahkan hasratnya agar pihak Maggi dapat mengeluarkannya pelbagai perisa dalam satu paket.
Dengan kapsyen, "Petition untuk pihak @MaggiMalaysia
supaya keluarkan different flavour dalam satu pack. Ada kari, asam laksa, tomyam, ayam. Buat macam Vitagen tu. Bestnya nak."
Ternyata, posting itu juga mendapat persetujuan ramai yang mahukan benda sama kerana menurut mereka semua perisa yang dikeluarkan sedap.
"Setuju, semua flavor sedap. Nak beli semua kan banyak pula" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai respon mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 4,569 retweets, 199 quotes tweets dan 9,410 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!