Ex-Girlfriend Minta Pulang Semua Hadiah, Cara Lelaki Ini Balas Pula Buat Ramai Puas Hati
Sekali dia bagi.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Lumrah dalam percintaan, pasti banyak perkara manis dan pahit yang berlaku
Hal ini termasuklah pemberian daripada pasangan masing-masing yang pasti kita tidak dapat lupakannya. Ada yang sanggup berhabis duit untuk membelikan barangan kesukaan pasangan mereka.
Tetapi, lain pula dengan video yang tular ini apabila seorang lelaki diminta memulangkan kembali semua barangan yang pernah diberikan bekas teman wanitanya telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak berdiam diri, minta pulangkan kembali juga barangan yang diberi
Menerusi video tersebut, kelihatan pemilik akaun @mhmmdshfkk berkongsi perbualan mesej di antara dia dan bekas teman wanitanya.
Difahamkan, mereka sudah pun putus dan wanita berkenaan meminta dia untuk memulangkan kembali barangan yang pernah diberi.
Lelaki itu kemudian tanpa berdiam diri mengungkit kembali apa juga yang pernah diberikannya semasa mereka bercinta.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Lah dia buat orang boleh, orang buat balik tak boleh" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya dan memberikan pandangan masing-masing.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2M views, 164.6K likes dan 3,321 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!