seismik

[VIDEO] Saja Call Nak Dengar Ringtone, Tak Sangka Pula Lagu Mak 'Berjiwa Muda'

Alahai, comel je ringtone mak dia.

Cover image via @niamr_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ibu bapa adalah insan paling bermakna dalam hidup kita, tanpa mereka siapalah kita

Merekalah yang membesarkan kita daripada kecil hingga besar. Sudah pasti bermacam-macam yang anda tempuhi bersama mereka.

Namun, ada juga ibu bapa yang berjiwa muda dan sanggup melayan kerenah anak. Bukan itu saja, ada juga yang lebih tahu trend terkini daripada kita.

Sama seperti video di TikTok ini memaparkan seorang ibu menggunakan ringtone ‘berjiwa muda’ telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak sangka mak pakai ringtone lagu viral

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang berada di dalam kereta bersama ibunya untuk menuju ke tempat yang tidak diketahui.

Namun, dia sengaja menelefon si ibu walaupun berada di dalam kereta yang sama untuk mendengar ringtone ibunya.

Kedengaran si ibu menggunakan lagu viral korea popular iaitu daripada Treasure bertajuk Darari. Situasi itu membuatkan si anak mengusik ibunya kerana mengikuti trend lagu terkini.

"Mak-mak dengan casing style gitu tak dapat dipisahkan" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenai video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 395.7K views, 44.8K likes dan 535 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lagu mak dia tak nak kalah ya, Korea dia guna :P

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: