seismik

[VIDEO] Ayah Gigih Berhias Untuk Anak Ada Jamuan Raya Sekolah, Siap Menang Baju Tercantik

Comel je!

Cover image via @farismohamad_91 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ibu bapa pastikan mahukan yang terbaik untuk anak mereka tambahan lagi dari segi pakaian

Kadangkala sanggup berhabis duit untuk bagi anak mereka kelihatan kemas dan selesa. Banyak yang kita boleh lihat sekarang ramai membuat jamuan raya selepas dua tahun tidak boleh melakukannya.

Pastilah mahu meragam betul tak untuk berjumpa dengan rakan-rakan. Lain pula video di TikTok ini apabila si ayah menghiaskan anak perempuannya untuk ke jamuan raya sekolah telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Siap makeup kan anak untuk nampak cantik ke jamuan raya sekolah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ayah sedang mempersiapkan anaknya untuk ke sekolah. Dia siap mendandankan anaknya itu kerana terdapat jamuan raya di sekolah.

Malah, apa yang lebih menarik perhatian adalah si ayah kelihatan bersungguh-sungguh mendandan anaknya sehingga kelihatan cantik seperti memakai peralatan makeup dan juga menggayakan tudung si anak.

Difahamkan, kanak-kanak itu memenangi baju raya tercantik di sekolahnya.

"Acik pun tak reti nak belit-belit lagu ni dik, beruntung awak ada ayah yang kreatif" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kecekapan si ayah yang pandai menghiaskan anaknya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.8M views, 217.4K likes dan 988 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Pandai ayah dia hias anak. Nampak cantik betul! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022