seismik

Beza Jarak Usia 18 Tahun, Wanita Akhirnya Berjodoh Dengan Suami Walau Banyak Kali 'Reject'

Kalau dah jodoh tak kemana kan?

Cover image via @its_mayso (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Betul lah kata orang, jodoh tidak mengenal usia seseorang

Walaupun kita lihat ramai yang bertemu jodoh dengan sebaya atau usia yang dekat, namun masih ada yang memilih untuk bersama pasangan yang lebih matang.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini memaparkan seorang gadis akhirnya bertemu jodoh dengan lelaki yang beza usia 18 tahun dengannya menjadi tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@its_mayso

Lelaki yang berumur lebih hot..

suara asli - Manganang Fanbase

Tak kisah ramai orang perli cakap keluar dengan 'ayah'

Menerusi video tersebut, gadis itu berkongsi dia telah menamatkan zaman bujangnya pada pertengahan Ramadan lalu.

Dia berkongsi bagaimana dia boleh jatuh cinta bersama suaminya itu. Walaupun jarak usia mereka beza 18 tahun, tetapi benarlah kalau jodoh tidak kemana. Difahamkan, lelaki itu juga berstatus 'solo' selepas pemergian isterinya.

Walaupun selalu diperli keluar berdua dengan ‘ayah’, tetapi dia tidak endah dengan mulut orang. Malah, sebelum itu dia telah menolak sebanyak 18 kali cinta suaminya itu. Selepas 3 tahun perkenalan, dia akhirnya jatuh cinta dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

"Tak kisah laa beza umur 100 tahun pun janji bukan rampas laki orang" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah dan memberikan respon yang positif buat pasangan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.4M views, 100K likes dan 2,575 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke anak cucu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: