x

seismik

'Blok' Kereta Tak Tinggal Nombor Telefon, Netizen Bengang Tengok Wanita Ini Lengahkan Masa

Kan dah susah orang macam ni.

Cover image via @utusantvofficial (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramai yang kita boleh lihat hari ini sikap sambil lewa yang diambil oleh sesetengah orang yang telah menyusahkan ramai pihak

Contohnya seperti parking kereta di depan kereta orang yang menyebabkan individu tersebut tidak boleh keluar. Tambahan lagi jika si pemilik menarik handbrake.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita meluahkan rasa marahnya terhadap seorang pemilik kereta kerana telah di blok telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@utusantvofficial Nasib baik akak ni penyabar. Kejadian di kawasan parkir hospital HSI | 23 MEI 2022 | ShahrudiN MA Suhilee. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp original sound - UtusanTV

Urusan tergendala sebab kena double park oleh pemilik kereta

Menerusi video tersebut, kelihatan rakaman dari dashcam menunjukkan seorang wanita merasa kecewa kerana keretanya di double park oleh seorang pemilik kenderaan.

Namun, dia tidak dapat menolak atau menelefon kerana individu tersebut tidak meninggalkan nombor telefonnya. Perkara itu membuatkan dia terpaksa menunggu selama 30 minit. 

Bagaimanapun reaksi pemilik kereta tersebut yang selamba melengah-lengahkan masa membuatkan ramai marah. Wanita itu juga meluahkan disebabkan sikap individu tersebut, dia telah terlepas banyak urusan penting

"Dah buat salah boleh pulak lambat-lambat nak masuk kereta pun" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi geram mereka selepas melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 113.3K likes dan 3,070 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lain kali kalau nak blok tinggalkan nombor telefon okay, taklah susahkan orang nanti :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022