[VIDEO] Macam Orang Profesional, Budak Sekolah Mahir Tangkap Gambar Ini Jadi Perhatian
Hebat kau dik.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya bagi pasangan yang akan mendirikan rumah tangga, mereka pasti akan mengupah jurugambar untuk majlis mereka bukan?
Ia boleh dijadikan sebagai kenangan yang boleh dilihat bila sudah tua nanti. Pasti semua orang mahukan jurugambar yang terbaik untuk foto mereka.
Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang budak sekolah begitu mahir mengendalikan kamera siap mengambil upah menjadi jurugambar telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pandai handle kamera macam dah biasa ambil gambar
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki menunjukkan kemahiran seorang budak sekolah lelaki yang diupahnya.
Kelihatan dia dan si isteri sedang berada di luar bagi sesi photoshoot mereka. Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah jurugambar tersebut merupakan seorang budak sekolah dan kesemua hasil gambarnya lawa belaka.
Lihat antara video lain di bawah:
"Hebat kau dik, akak dah 23 pun ambik gambar senget tau" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kecekapan budak tersebut dan terpukau melihat hasilnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 503.2K views, 74.7K likes dan 428 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!