[VIDEO] Kedai Makan Tutup Sebab Minyak Habis, Ibu Pula Gigih Bawa Minyak Baru Suruh Masak
Aduhai mak dia win!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tentu ramai di sini yang mempunya kedai makan kegemaran masing-masing bukan?
Sampaikan ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu makan di kedai tersebut untuk melepaskan keinginan mereka.
Namun, hal tersebut berlain pula dengan video ini apabila seorang lelaki berkongsi gelagat ibunya yang sanggup memberi minyak masak di sebuah food court untuk menyuruh pekerja itu memasak telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sanggup guna minyak masak sendiri minta masak
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang juga merupakan seorang anak sedang merakam gelagat ibunya di sebuah food court.
Difahamkan, si ibu mahu membeli makanan tetapi kedai itu terpaksa tutup kerana kehabisan minyak. Apa yang lebih mencuri perhatian adalah ibunya itu sanggup membawa minyak masak sendiri dan memberikan sedikit kepada pekerja kedai untuk dia memasaknya.
Situasi itu membuatkan anaknya terhibur melihat perangai si ibu kerana tidak menjangka perkara sebegitu.
"Mujur tak masuk kitchen tolong goreng nasi sekali. Mantap!" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat perangai ibunya itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 253.8K views, 22.3K likes dan 397 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!