Sempat Bagi Pesanan Dekat 'Ex' Masa Naik Parasailing, Luahan Pemuda Ini Undang Ketawa
Menyempat buat lawak.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti rata-rata kita di sini yang mempunyai pasangan dan sedang melalui alam percintaan betul tak?
Memang tidak dinafikan, alam percintaan adalah salah satu perkara yang kita tidak dapat lupakan tambahan lagi jika kita sudah merancang berkahwin dengannya.
Namun, bukan semua percintaan itu berakhir dengan kebahagiaan. Jika sudah takdir kita berpisah dengannya, maka kita haruslah terima.
Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pemuda memberikan pesanan buat bekas kekasihnya telah mengundang dekah ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Beri pesanan buat ex-girlfriend sambil main parasailing
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda sedang bermain parasailing di sebuah pulau.
Dia kemudian diminta oleh pengikutnya untuk memberikan sedikit ucapan buat bekas kekasihnya. Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia menjawab pertanyaan itu dengan memberikan jawapan yang agak lucu.
"Kepada ex-ex saya di luar sana, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda telah membuktikan kepada masyarakat bahawa saya cinta terhadap binatang," katanya.
"Maksud dia mendalam betul" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur dengan luahan yang diberikan oleh pemuda itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 309.5K views, 42.8K likes dan 607 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: