seismik

[VIDEO] Dapat Pertikaian Lelaki Atau Perempuan, Wanita Ini Kecewa Pernah Dipandang Serong

Dah memang asli suara dia macam tu nak buat macam mana.

Cover image via @iamshazzzzz (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap daripada kita mempunyai keunikan dan perbezaan masing-masing betul tak?

Semua orang tidak sempurna, jadi siapalah kita untuk menilai diri orang lain selain diri kita sendiri. Adalah lebih elok jika kita tidak mengecilkan hati mana-mana pihak dengan percakapan kita.

Situasi itu sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita meluahkan rasa kecewanya apabila sering dipandang serong mengenai jantina aslinya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Suara memang daripada dulu macam itu, dapat banyak pertikaian jantina

Menerusi video tersebut, seorang wanita sedang menjawab pertanyaan daripada pengikutnya yang bertanyakan sama ada dia perempuan atau lelaki.

Hal ini kerana suaranya yang seperti lelaki membuatkan ramai tertanya-tanya. Dia kemudian menjelaskan dirinya adalah seorang perempuan dan suaranya memang dari dulu begitu.

Malah, dia juga berkongsi pernah mengalami pengalaman buruk ketika di asrama kerana suaranya sering disalah faham oleh sesetengah orang.

"Seksi teruk taw suara macam ni, hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 274.8K views, 26.7K likes dan 747 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Apa-apa pun sis tetap cantik dengan cara yang tersendiri ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: