[VIDEO] Malu Dengan Suami Sendiri, Reaksi Pengantin Ini Elak Kena Pegang Curi Perhatian
Redha je lah abang tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Musim cuti persekolahan merupakan musim yang paling ramai mendirikan rumah tangga
Sudah tentu pasangan pengantin pasti tidak sabar meraikan majlis mereka selepas bermacam persiapan yang telah dilakukan. Akhirnya, dapat bersama dengan orang yang mereka cintai.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila pengantin perempuan malu dan cuba mengelak dari dipegang suaminya telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Malu bila kena pegang dengan suami sendiri masa photoshoot
Menerusi video dari @irdinakhairri, kelihatan pasangan pengantin itu baru saja mendirikan rumah tangga dan sedang melakukan photoshoot bersama.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah pengantin perempuan itu dilihat malu-malu dan cuba mengelak apabila suaminya cuba memegangnya.
Situasi itu membuatkan suaminya itu seperti redha dengan telatah isteri yang masih tidak biasa dengan keadaan seperti itu.
"Bila kau tak pernah sentuh lelaki, hahaha comel je akak tu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 4.9M views, 360.7K likes dan 6,512 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: