seismik

Sempat Berikan Tanggungjawab, Bapa Pengantin Meninggal Dunia Masa Kenduri Kahwin Anak

Sedihnya.

Cover image via @norchafieqahazri (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Majlis perkahwinan adalah saat yang paling ditunggukan oleh bakal pengantin

Iyalah, semua tetamu datang ke majlis perkahwinan untuk meraikan pernikahan kita dengan si dia yang sudah lama dirancang. Pasti seluruh keluarga dan rakan rasa gembira.

Namun, tular baru-baru ini sebuah video di TikTok yang menyedihkan apabila majlis perkahwinan bertukar menjadi majlis tahlil kerana bapa pengantin meninggal dunia telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@norchafieqahazri

hari ini kita dikejutkan dengan pemergian ayah pengantin perempuan Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun...

Allah Allah Aghisna - Veve Zulfikar

Sempat lepaskan tanggungjawab sebelum menghadap Ilahi

Menerusi video perkongsian daripada @norchafieqahazri itu, difahamkan sepatutnya berlangsung majlis pernikahan di rumah tersebut.

Namun, majlis tersebut terus bertukar selepas bapa pengantin kepada pengantin perempuan perempuan meninggal dunia.

Menurut pemilik video, bapa pengantin perempuan sudah mula keletihan sebelum berlangsungnya majlis pernikahan. Difahamkan juga, semasa di pejabat agama, bapa pengantin perempuan tidak turun kereta dan ustaz hanya ambil tanda tangan persetujuan wali saja.

"Sedihnya hari gembira bertukar duka" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberi ucapan takziah dan berkongsi rasa sebak mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 816.7K views, 76.9K likes dan 2,289 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sebak tengok perkara macam ni. Semoga pengantin diberikan kekuatan menghadapinya :'(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: