seismik

[VIDEO] "Dirasuk" - Suara Pemuda Ketika Lecturer Nak Ambil Kehadiran Ini Undang Tawa Ramai

Aduhai, memang macam kena rasuk guys.

Cover image via @babahyega (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum mengetahui, pembelajaran secara bersemuka kini dibenarkan sedikit demi sedikit dengan mengikut prosedur yang sangat ketat

Namun, masih ada tempat yang memilih untuk meneruskan pembelajaran secara online saja buat masa ini kerana wabak Covid-19 yang masih belum reda.

Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila suara seorang pelajar ketika pensyarah sedang mengambil kehadiran telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pensyarah terkejut dengar suara pelajar macam kena 'rasuk'

Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berjalannya kelas secara online yang dikendalikan oleh seorang pensyarah wanita.

Dia kemudian memanggil nama untuk mengambil kehadiran pelajarnya. Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah semasa tiba pada nama Daniel Iman, pelajar itu seperti menjerit seolah-olah sedang 'dirasuk' ketika pensyarah itu memanggil namanya.

Situasi itu membuatkan pensyarah terbabit terkejut dan bertanya apa yang berlaku padanya.

"Macam mana lecturer tu boleh tak ketawa, hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video itu dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 539.2K views, 64.8K likes dan 903 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lecturer pun terkejut dengar suara pelajar dia. Okay tak okay tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: