seismik

"Bau Panggang" - Tular Individu Tunjuk Kedai Dobi Ini Gunakan Tong Gas Keringkan Baju

Alamak, betul ke?

Cover image via @ATMology (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita lihat kini, ramai yang pergi ke kedai dobi berhampiran rumah mereka kerana ia mudah dan cepat

Bukan setakat membasuh baju, tetapi juga untuk mengeringkan. Jadi, tak perlulah nak berjemur baju dan makan ruang di rumah bukan? Lagi cepat siap.

Namun, baru-baru viral di Twitter menujukkan sebuah kedai dobi menggunakan tong gas bagi proses pengeringan baju telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Dakwa guna tong gas untuk mesin dryer

Menerusi video tersebut, kelihatan individu itu mendedahkan disebalik modus operandi pemilik kedai dobi. Dapat dilihat ia menggunakan gas memasak sebagai bahan pemanas untuk sebuah mesin.

Individu itu juga mendakwa ramai pemilik kedai dobi mengambil inisiatif berkenaan kerana ia lebih murah untuk dijadikan sebagai salah satu alat pengering baju. 

Dia juga turut berkongsi antara kes yang berlaku di pusat dobi akibat insiden letupan gas dan turut mengakibatkan kehilangan nyawa.

Lihat sambungan itu di bawah:

"Tu sebab laju je kering. Kalau beli dryer kat rumah at least 2-3 jam baru kering" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 507.5K views, 7,307 retweets dan 6,519 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Bahayanya, harap pemilik dobi yang lain dapat ambil pengajaran yang berlaku!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: