seismik

Tak Putus Asa Walau 17 Kali Fail Exam SPA, Wanita Ini Syukur Akhirnya Dapat Kerja Kerajaan

Alhamdulillah.

Cover image via @myazainal (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Benarlah orang kata, usaha itu tangga kejayaan

Walau apa pun dugaan, jika ditakdirkan ia milik kita, maka ia adalah milik kita. Tidak kiralah cepat atau lambat. Kita harus bersyukur dengan nikmat yang diberikan.

Sama seperti wanita ini yang berkongsi pengalamannya yang berusaha untuk bekerja dalam sektor kerajaan yang sering kali gagal dan akhirnya berjaya telah meraih perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Bersyukur akhirnya rezeki berpihak pada dirinya

Menerusi video tersebut, wanita itu berkongsi dia telah memohon pelbagai jawatan dalam kerajaan sejak dari tahun 2012 lagi. Dalam tempoh itu, dia telah gagal sebanyak 17 kali dalam peperiksaan  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Namun, siapa sangka rezeki akhirnya berpihak pada dirinya apabila dia akhirnya berjaya dan dipanggil untuk lapor diri pada Oktober lalu.

"Apply dari 2012. Lepas 17 kali exam SPA. Strugglenya, tapi doa emak yang sentiasa mendoakan anak dia ni"

"Ada orang tua pesan, siapa yang ada emak lagi dia lah orang paling kaya. keberkatan doa ibu tu tak ada tandingannya. Saranghae omma," tulisnya di kapsyen.

"Apply dan IV since umur 21 now dah 34 still menanti" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah kepadanya dan ada juga berkongsi pengalaman sama.

Ketika artikel ini video berkenaan telah meraih 7,835 likes, 1,067 comments dan 563 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Penantian yang membuahkan hasil. Tahniah sis! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: