seismik

Dah Janji Dengan Ibu Nak Bagi Cucu, Tak Sangka Pula Tiba-Tiba Dapat Adik Jarak 24 Tahun

Rezeki tu.

Cover image via @mari.poasa (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, jarak umur adik beradik akan rapat dan tidak terlalu jauh bezanya betul tak?

Tetapi, tidak dinafikan bahawa menimang cahaya mata selepas sekian lama juga adalah satu rezeki walaupun umur adik beradik yang lain sudah meningkat.

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi kisah mengenai usia adiknya yang baru lahir telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@mari.poasa

Janji nak bagi cucu kt mama, eh dia bagi kita adik pulak

original sound - c a n

Umur dah 24 tahun, si ibu pula bagi 'surprise'

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi kisah mengejutkan selepas dia mendapat tahu dia akan mempunyai adik.

Difahamkan, jarak usia dia dan adiknya itu adalah 24 tahun bezanya. Dia pernah berjanji akan berkahwin dan memberikan cucu kepada ibunya itu.

Namun, tatkala gadis itu sedang mencari jodoh, si ibu pula yang terlebih dahulu memberi kejutan kepadanya.

"Orang lain dapat anak, sis dapat adik. Okay lah tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 372.6K views, 46.7K likes dan 595 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tak apa, main dengan adik dulu. Nanti baru main dengan anak sendiri :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: