seismik

"Dia Dah Mula Fikir" - Bayi Termenung Jauh Baru Lepas Lahir Ini Curi Perhatian Netizen

Comel awak dik.

Cover image via @popoayah (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mendapat cahaya mata adalah satu anugerah yang terindah buat ibu bapa

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya dikurniakan rezeki si kecil ini. Siapa saja yang tidak gembira bukan? Ia adalah fasa baru buat ibu bapa.

Kebiasaannya, bayi yang baru lahir akan dimulakan dengan tangisan betul tak? Namun, berbeza dengan video di TikTok ini apabila seorang bayi termenung sebaik saja dilahirkan telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Anak 'behave' dan tak buat hal langsung

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang juga merupakan seorang bapa berkongsi momen selepas kelahiran anaknya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah bayi itu dilihat hanya terbaring diam sambil termenung dan tidak menangis. Situasi itu membuatkan si bapa teruja melihatnya.

“Mesti time taklimat pengenalan asas baby baru lahir, dia tak datang” - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan mengusik bayi itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 274.5K likes dan 8,254 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Dia pelik kot, bangun-bangun dah nampak cerah :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: