seismik

[VIDEO] Marah Abang ‘Aiskrim Turki’ Sebab Main-Main, Cara Budak Ini Merajuk Cuit Hati

Comel dik.

Cover image via @fatenforevers (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti anda pernah melihat sendiri depan mata trick semasa mahu membeli aiskrim Turki kan?

Kebiasaannya, penjual aiskrim Turki ini akan 'mengenakan' pelanggan mereka sebagai satu permainan sebelum memberikan aiskrim kepadanya.

Sudah tentu, kita pasti tertanya-tanya bagaimanakah cara mereka lakukan dan bagaimana aiskrim itu boleh 'hilang' dengan cepat. Kalau bagi orang dewasa pasti sudah faham dan terhibur melihatnya.

Namun, lain pula yang terjadi dalam video ini apabila gelagat seorang budak lelaki merajuk dengan penjual aiskrim Turki telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

@fatenforevers haih cepatnye anak mommy membesar tp comel gile time niee smua org tngk gelagat adek hahaha #fyp original sound - BFFTHEBEAUTYBAR

Layan kerenah abang aiskrim sampai merajuk

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ibu sedang merakam gelagat anaknya ketika dia mahu membeli aiskrim Turki.

Seperti semua tahu, sebelum nak makan aiskrim ini memang perlu melalui beberapa trick dan permainan daripada si penjual.

Namun, apa yang lebih mencuit hati adalah anaknya itu dilihat sabar melayan kerenah si penjual aiskrim sehingga 'merajuk' kerana beberapa tidak dapatnya. Dia kemudian menyuruh ibunya sendiri mengambil aiskrim itu.

"Comel je tengok dia merajuk tapi kesian juga dalam masa yang sama hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memuji kecomelan budak itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 390.1K views, 32K likes dan 308 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Adik tu mesti dah lapar, tu yang tak ada masa nak main-main :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik