seismik

[VIDEO] Penjual Aiskrim Saja Sakat Sambil Buat Trick, Reaksi Budak Ini Pula Menghiburkan

Tengok dia dah merajuk.

Cover image via @ibuaafiyah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ada di antara anda di sini yang pernah makan atau lihat sendiri trick aiskrim Turki kan?

Penjual ais krim Turki ini kebiasaannya dilihat gemar melakukan trick kepada pelanggan mereka sebelum memberikan ais krim padanya. Macam-macam trick dan gaya mereka akan lakukan sehinggakan pelanggan juga hairan bagaimana ia berlaku.

Namun, lain pula yang terjadi apabila tular video di TikTok ini menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan merajuk kerana trick yang dilakukan oleh seorang penjual aiskrim telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ibuaafiyah

Niat nk gembira kan ati ank2sekali lain yg jd

original sound - Alyaa Amran

Sampai menangis nak aiskrim sebab kena sakat

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak perempuan sedang bersama dengan ibunya di salah sebuah kedai aiskrim Turki.

Namun, seperti biasa sebelum pelanggan mendapatkan aiskrim mereka, penjual aiskrim tersebut akan melakukan beberapa trick. Pada awalnya budak perempuan itu kelihatan masih melayan trick tersebut.

Tetapi, apa yang lebih melucukan adalah selepas beberapa minit, budak perempuan itu dilihat seperti marah dan menangis disebabkan trick tersebut.

Malah, dia juga dilihat sanggup memakan kon aiskrim saja. Situasi itu membuatkan ibunya tergelak melihat gelagat anaknya itu.

"Ini aiskrim untuk orang-orang sabar je" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat kanak-kanak itu. Malah, ada juga yang berasa kasihan melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 105.3K views, 7,062 likes dan 269 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Alahai, kesian ada kelakar pun ada rasa tengok adik ni :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: