seismik

[VIDEO] Kakak Kena 'Scam' Ingat Nak Peluk, Tapi Rupanya Si Adik Pula Berlari Ke Arah Ayah

Kakak dia dah ready dah tu.

Cover image via @cikmuniey90 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai adik beradik adalah perkara yang perlu disyukuri kerana tidak semua orang mempunyai rezeki seperti itu

Perkara tersebut mungkin disebabkan mereka merupakan satu-satunya anak di dalam keluarga tersebut. Kadangkala mereka juga akan bosan.

Iyalah, jika ada adik beradik kita pasti dapat berborak dan melakukan pelbagai aktiviti bersama.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila gelagat dua orang adik beradik ini telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@cikmuniey90 Reply to @hehehehehhehehehhehheheh ni yang ori hehehe #fyppppppppppppppppppppppp original sound - cik_muniey

Kakak baru nak peluk adik, sekali dia berlari ke papa pula

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang adik beradik sedang berada di salah sebuah hospital sambil dirakam oleh ibunya.

Difahamkan kanak-kanak lelaki itu berada di hospital atas sebab kesihatan yang tidak diketahui. Ketika datang ke hospital, kakaknya itu pula excited dan tidak sabar berjumpa adiknya dan ingin memeluknya.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah si adik dengan selambanya berlari pula ke arah ayahnya walaupun si kakak sudah membuka tangan untuk memeluknya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Sampai hati adik bagi fake hope dekat kakak" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat si adik itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 74.9K likes dan 1,216 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kakak punyalah rindu nak peluk, adik dia pula bagi harapan palsu ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: