seismik

[VIDEO] Gelagat Budak Pura-Pura Tidur Lepas Kena Marah Dengan Ibu Ini Bikin Dekah. Lucu!

Berlakon lebih ye dik.

Cover image via @azliena.aziz (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti sudah lihat bermacam gelagat dan ragam mereka kan?

Kadangkala sampai pening kepala dibuatnya nak melayan telatah mereka ini. Tetapi, itulah pengubat hati dan membuatkan kita hilang rasa bosan.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang budak perempuan berpura-pura untuk tidur selepas dimarahi ibunya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@azliena.aziz

Dengan ibu nangis pun tetap tak dapat,dengan atok buat muka kesian terus dapat.

Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod

Terus pura-pura tidur lepas kena marah dengan ibu main telefon

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah keluarga sedang berada di dalam sebuah kereta untuk menuju ke lokasi yang tidak diketahui.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang dirakam gelagatnya selepas bermain telefon atuknya.

Difahamkan, dia ketika itu bermain telefon atuknya untuk bermain dan dimarahi oleh ibunya. Situasi itu membuatkan budak tersebut berpura-pura untuk tidur bagi mengelakkan kena marah dengan ibunya.

"Neneknya pun berlakon tidur, tu yang cucu pun pandai berlakon tu. Comel" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat budak itu. Malah, ramai yang memberikan reaksi mereka masing-masing mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 85.6K views, 6,176 likes dan 134 comments di Tiktok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Aduhai dik, takpe ada dua bodyguard dekat belakang nenek dengan atuk tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: