[VIDEO] Ibu Tengah Semak Jawapan Anak, Tapi Part Gambar Jururawat Pula Bikin Dekah. Lawak!
Terhibur dik!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti kita semua tahu, wabak Covid1-9 telah memaksa kita semua untuk melakukan segala kerja dari rumah
Ia termasuklah dengan sesi pembelajaran di sekolah yang perlu dihadiri secara online saja. Tetapi, kini sedikit demi sedikit kerajaan telah membenarkan beberapa aktiviti bersemuka dengan kawalan Standard Operating Procedure (SOP) yang ketat.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi jawapan kerja rumah anaknya yang telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tengah syok semak jawapan anak, sekali lain pula yang jadi
Menerusi video tersebut, kelihatan ketika itu seorang wanita sedang menyemak kerja sekolah anaknya di rumah.
Pada awalnya dia berpuas hati melihat semua jawapan yang diisikan kerana betul dan sesuai dengan gambar ditunjukkan.
Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah ibunya terkejut semasa melihat gambar yang sepatutnya diisi jururwat tetapi anaknya pula menulis sebagai 'juruliwat'.
Perkara itu membuatkan dia dengan pantas memanggil anaknya untuk membetulkannya semula.
"Allah dik, terasa akak sebagai jururawat" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat jawapan anaknya itu. Malah, ada juga yang mengusik terasa dengan jawapan ditulis itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 151.7K views, 6,812 likes dan 926 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: