"Ho Tok Replylah Online Sajo" - Member Bengang Kena Bluetick, Siap Bebel Dalam Voice note
Bluetick lagi kan dah kena bebel.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mempunyai rakan baik sememangnya dapat menghilangkan rasa bosan kita, tambahan lagi jika mereka ini jenis kelakar dan 'masuk air' betul tak?
Kadangkala apa saja aktiviti akan dilakukan bersama jika kita tidak mempunyai pasangan. Malah, sampailah ke dalam mesej. Ada saja benda dan cerita yang ingin dikongsikan bersama.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi rakannya yang bengang kerana 'dibluetickkan' telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sakit hati tengok rakan bluetick mesej tapi masih tidak balas
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi voice note di WhatsApp dengan rakan baiknya.
Dia kemudian menunjukkan banyak voice note yang dihantar rakannya itu kerana pada mulanya dia meninggalkan mesej tersebut dengan bluetick.
Apa yang lebih menghiburkan rakannya itu menyedari dan memberi voice note dengan membebel dalam loghat Kelantan kerana dia masih tidak membalas mesejnya walaupun sudah dibaca. Perkara itu membuatkan gadis itu terhibur dengan gelagat rakannya itu.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Comel je perangai member. Hahaha" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar voice note yang dikongsikan itu. Malah, ada yang memberi reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 171.6K views, 15.7K likes dan 630 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: