seismik

[VIDEO] Gadis Naik Pening Boyfriend Merajuk Sebab Tak Nak 'Kikis Duit' Undang Reaksi Ramai

Bagus apa jenis tak kikis ni.

Cover image via @tiyakamal2 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasangan yang sedang bercinta pasti ada masanya mereka meluangkan waktu bersama untuk berjumpa dan melakukan pelbagai aktiviti

Malah, ada yang kadangkala suka berbelanja pasangan mereka kerana ingin menghargai ataupun menunjukkan sifat cinta kepadanya. Perkara itu sudah sering kali kita dengar.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis menunjukkan perangai teman lelakinya yang merajuk kerana dia tidak mahu dibelanja telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@tiyakamal2 Kena marah sbb kikis kena marah sbb tak kikis #foryoupage #fyp #fyp original sound - LuckyBoy

Boyfriend merajuk sebab awek tak mahu dibelanja apa pun

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis ketika itu sedang keluar berjalan bersama teman lelakinya di salah sebuah pusat beli-belah.

Dia kemudian menunjukkan perangai teman lelakinya yang merajuk kerana gadis itu tidak mahu dibelanjakan apa-apa pun walaupun telah ditawarkan oleh teman lelakinya sendiri.

Situasi itu membuatkan gadis itu naik pening kerana memikirkan bagaimana mahu memujuk teman lelakinya itu. Dia akhirnya membeli juga beberapa barangan kerana terpaksa.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Jangan nanti ada madu lain kak nak mecuba boyfriend akak, hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing. Malah, ada juga yang mengusik mahu meminjam teman lelakinya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 499.4K views, 70.8K likes dan 1,231 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ada juga yang macam ni? Sampai merajuk sebab tak mahu dibelanja :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: