seismik

[VIDEO] Tulis Macam Nak Buat Karangan, Pekerja Kedai Ini Naik Pening Baca Request Customer

Betul-betul karangan ni dia bagi.

Cover image via @weeda275 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai dekat sini yang pernah order makanan secara delivery je kan?

Bukan apa, pesanan melalui online ini lebih mudah dan menjimatkan masa. Tak perlu nak menghadap orang ramai di kedai makan, tambahan lagi dengan pandemik dalam negara.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini menunjukkan seorang pekerja kedai membaca request daripada pelanggannya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pening baca request daripada customer, tulis panjang berjela

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi situasi ketika dia sedang bersama rakannya di sebuah restoran rakannya itu bekerja.

Rakannya itu kemudian menunjukkan resit order yang baru saja diterimanya melalui foodpanda.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah rakannya itu siap menunjukkan request daripada pelanggannya yang ditulis panjang seperti karangan.

Perkara itu membuatkan dia pening kerana perlu membaca dan memahami betul-betul apa yang pelanggannya itu mahukan. Malah, dia siap menunggu pada keesokan harinya jika pelanggan yang sama order di kedainya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Hahaha siap warning kalau tak ikut taknak repeat order" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 390.9K views, 37.2K likes dan 1,062 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Memang naik pening nak baca dia punya request, nasib baik abang kedai pun sporting :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: