seismik

"Menguji Keimanan" - Lapar Punya Pasal, Gadis Ini Sampai Tersilap Order Makanan Non-Halal

Sabar jelah ya nak buat macam mana.

Cover image via @nraza_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika dilihat sekarang, orang ramai lebih gemar membeli makanan atau barangan mereka secara online saja

Tidak dinafikan, ia lebih memudahkan dan menjimatkan masa dan tenaga berbanding beli di luar. Banyak juga aplikasi yang telah menawarkan pelbagai jenis makanan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis terpaksa menahan lapar gara-gara tersilap memesan makanan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nraza_

Aku silap beli non halal food ##fyp ##fyp

original sound - ‍Ala

Baru perasan tersilap order makanan yang non-halal

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi kisah sedihnya hari itu selepas dia memesan makanan secara online.

Dia memberitahu yang dia secara tidak sengaja memesan makanan di restoran yang non-halal. Kelihatan pada order tersebut dia memesan Lou mei rice Set untuk dua orang.

Namun, sebaik saja makanan itu tiba di rumahnya, makanan berkenaan didapati ia bukanlah seperti yang dijangkakan. Disebabkan itu, dia terpaksa mencari jiran-jirannya yang bukan beragama Islam untuk diberi.

"Tulah kena check profile kedai, bahaya kan" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 314.4K views, 21.7K likes dan 340 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Bahaya bila dah lapar sangat ni, sampai terlepas pandang semua.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: