seismik

"Ni Normal Ke Paranormal?" - Suami Terkejut Tengok Aksi Isteri Pakai Tudung Sambil Iron

Hebat kaum wanita ni ya.

Cover image via @badrolsulaiman (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kaum wanita kadangkala memang terkenal dengan perangai 'pelik-pelik' dan luar biasa daripada mereka

Bukan apa, ada kalanya perangai mereka memang tidak dapat dijangka dan tidak akan pernah terfikir mereka akan lakukan sedemikian. Bagi mereka yang sudah berkahwin, anda pasti pernah mengalaminya betul tak?

Samalah seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang suami terkejut melihat aksi isterinya yang memakai tudung sambil menggosoknya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@badrolsulaiman

Ni normal ke Paranormal??? ##fyp ##fyp

Bombastic - 2

Isteri selamba pakai tudung sambil gosok dengan iron

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi situasi mengejutkan ketika dia bersama dengan isterinya di rumah.

Difahamkan mereka berdua ingin keluar ke tempat yang tidak diketahui. Dia kemudian terkejut apabila melihat si isteri dengan selambanya menggosok tudung yang sedang dipakainya.

Situasi itu membuatkan si suami menyifatkan isterinya itu seorang yang 'pelik' kerana sanggup melakukan perkara sebegitu.

"Ni normal ye, belum tunjuk skill jahit butang baju kat baju yang dia tengah pakai" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat aksi isterinya itu. Malah, ramai kaum wanita yang memberikan pandangan mereka mengenai hal tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 450.5K views, 30.7K likes dan 2,222 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Perempuan apa je tak boleh buat, semua dia boleh :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: