seismik

[VIDEO] "Misteri" - Lelaki Pelik Penyapu Hilang Masa Tengah Kemas, Tapi Rupa-Rupanya...

Geram je tengok rakaman CCTV ni balik.

Cover image via @annazrulan (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti kita pernah mengalami kehilangan barangan dan lupa di mana letaknya betul tak?

Memang rasa stres kalau tak jumpa barang tersebut, tambahan lagi kalau ketika itu kita memang memerlukannya. Sampai merata-rata carinya.

Sama seperti video yang tular di Twitter ini apabila gelagat seorang lelaki terlupa di mana dia meletakkan penyapu semasa mengemas telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Hairan tiba-tiba penyapu hilang dari tangan masa tengah kemas

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan ia menunjukkan rakaman CCTV seorang lelaki sedang menyapu sampah di salah sebuah kedai.

Dia kemudian menyepit penyapu tersebut dilengannya untuk menyapu di bahagian belakang pula. Namun, apa yang lebih melucukan adalah dia merasa pelik mengapa penyapu tersebut tiba-tiba hilang dan tidak berada di tangannya.

Situasi itu membuatkan dia menggaru kepala dan berpusing untuk mencari di mana dia meletakkan penyapu berkenaan yang sebenarnya sedang dikepit di lengannya.

"Ni samalah kes tanya mask dekat mana rupanya bawah dagu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video itu. Malah, ramai yang berkongsi perangai sama mereka ketika barang hilang.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 907K views, 8,936 retweets dan 11.2K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Penat sangat dia kerja kot, tu yang sampai lupa dekat mana dia letak penyapu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: