seismik

[VIDEO] Banyak Sangat Nombor Scammer Dalam Phone, Gadis Ini Bantai Buatkan WhatsApp Group

Tak pernah terfikir pun cara ni!

Cover image via @__frhna (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ada di antara anda yang pernah mengalami situasi berhadapan dengan scammer betul tak?

Mereka ini kebiasaannya akan menyamar sebagai seseorang demi mendapatkan duit daripada si mangsa. Ramai yang sudah terkena dengan helah mereka, tetapi ramai juga yang bijak dan tidak mempedulikannya.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi apa yang dilakukannya terhadap nombor-nombor scammer dalam telefonnya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Buatkan WhatsApp group untuk nombor-nombor scammer dalam telefon

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi idea yang ingin dilakukan terhadap kesemua nombor scammer di dalam telefonnya.

Dia kemudian membuat satu WhatsApp group dengan menjadikan kesemuanya sebagai admin. Apa yang lebih melucukan adalah nama group yang diletakkan iaitu 'Big Fan' untuk mereka semua. 

Selepas selesai membuatnya, gadis itu menulis sedikit nota dalam group tersebut dan dengan pantas meninggalkan group berkenaan. 

"Alangkah baiknya kalau mereka cuba scam sesama sendiri dalam group tu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihatnya. Malah, ramai yang memuji dengan ideanya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 401.3K views, 29.3K likes dan 852 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Menarik betul idea dia ni, lain daripada yang lain :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: