x

seismik

[VIDEO] Gadis Ini Kena 'Game' Dengan Kedai Makan, Minta Letakkan Halia Tapi Lain Pula Jadi

Aduhai, lawaklah.

Cover image via @rinshaza (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dengan keadaan sekarang, pasti ramai yang memilih untuk memesan barangan mereka secara online saja

Hal ini kerana ia lebih memudahkan di samping dapat menjimatkan masa daripada perlu bersesak di luar. Tambahan lagi dengan penyakit Covid-19 yang membahayakan betul tak?

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi kisah lucu selepas dia memesan makanan secara delivery telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Request kedai masukkan sedikit halia dalam sup

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi kisah lucunya selepas dia membeli makanan secara online. Dia memesan nasi putih dan sup daging.

Semasa membuat pesanan, dia telah menulis request untuk meminta tukang masak untuk meletakkan halia di dalam sup tersebut kerana dia berasa tidak sedap perut akibat kembung.

Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah setelah makanannya sampai, dia mendapati kedai tersebut memberikan seketul halia di dalam plastik bersama dengan pesanan makanannya itu.

Bukan itu saja, kedai tersebut siap menulis "hahahaha" di belakang resit pesanannya itu. Perkara itu membuatkan dia tergelak melihatnya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@rinshaza

Reply to @luvlysweets part 2

original sound - rinshaza

"Maybe sebab cakap banyak angin, jadi dia sedekah halia terus untuk buang angin" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat situasi tersebut. Malah, ramai yang memberi pandangan mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 339K views, 25.6K likes dan 705 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sekali dia bagi seketul halia terus suruh potong sendiri ya. Self service :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: