seismik

[VIDEO] Lakonkan Situasi Di Kedai Makan, Ramai Pula Tak Sangka Jalan Cerita Wanita Ini

Jalan cerita yang menarik sis!

Cover image via @adza_irda (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aplikasi TikTok merupakan salah satu platform untuk orang ramai berkongsi pelbagai jenis konten video mereka

Ada yang berkongsi bakat mereka, ada yang berkongsi kreativiti mereka dan banyak lagi. Malah, ada juga yang menggunakan TikTok untuk perniagaan mereka.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila lakonan seorang wanita semasa di kedai makan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@adza_irda

Korang rasa apa kesudahan kisah ni.. belanja emoji satu boleh?? ##shortfilm ##shortmovie ##dramatiktok ##dramasangat

original sound - adza_irda

Selamba angkat telefon orang lain masa di kedai makan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang melakonkan situasi semasa dia sedang bersendirian di kedai makan.

Tidak lama kemudian dia terdengar bunyi telefon bimbit dan dengan pantas menjawab panggilan itu. Ia adalah panggilan dari seorang lelaki yang meminta izin daripadanya untuk berkahwin lagi satu.

Dengan muka selamba, wanita itu membenarkannya untuk berkahwin lagi satu dan seperti tidak kisah apa yang lelaki itu mahu lakukan.

Selepas meletakkan panggilan tersebut, datang seorang perempuan bertanya padanya jika dia ternampak telefon bimbitnya yang tertinggal. Rupa-rupanya itu adalah suami perempuan berkenaan.

"Weyh, moral of the story jangan letak phone merata" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat lakonan tersebut. Malah, ramai yang tidak menyangka jalan ceritanya akan berakhir begitu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 144K likes dan 8,408 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Memang plot twist teruk jalan cerita dia. Tapi menarik! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: