seismik

"Patutlah Tak Hilang" - Wanita Pelik Kenapa Whiteboard Susah Nak Padam, Rupa-Rupanya...

Alahai, lawaklah sis ni.

Cover image via @nurbaayaaapristiyono (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramai orang kini lebih gemar membeli barangan mereka menerusi aplikasi online saja

Ia lebih memudahkan dan menjimatkan masa berbanding beli di luar. Tambahan pula dengan kes positif Covid-19 yang membimbangkan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita merasa hairan mengapa whiteboard yang baru dibelinya sukar untuk dipadam telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nurbaayaaapristiyono

Halahh halahhh akaaaakkkk sama 2x5 nya kita. Tahniah anda tidak keseorangan . *click sound

original sound - TeenaSulaiman

Baru perasan sebelum ini guna tak buka plastik

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi kisah lucunya mengenai whiteboard yang baru dibelinya.

Dia memberitahu pada mulanya merasa hairan mengapa whiteboard yang baru dibelinya itu susah untuk dipadam dan merasa kesat, tetapi dia tetap menggunakannya seperti biasa.

Namun, selepas satu bulan menggunakannya baru dia tahu yang sebenarnya dia tidak membuka plastik whiteboard berkenaan. Disebabkan itulah dia merasa susah untuk dipadam.

"Pernah kena macam ni, ingatkan takde kualiti rupanya ada plastik dekat whiteboard tu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 150.4K likes dan 1,015 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Ramai pula pernah alami benda sama ya. Patutlah susah betul nak padam :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: